Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Pru 15 Empat Individu Ditahan Lapan Kertas Siasatan Dibuka

Published: 06 Nov 2022 10.49 AM Updated: 15 Aug 2026 6.28 PM
Kuala Lumpur, 6 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu iaitu seorang di Selangor dan tiga di Sarawak kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pru-15-empat-individu-ditahan-lapan-kertas-siasatan-dibuka
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:51 MYT
Kuala Lumpur, 6 November 2022 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan empat individu iaitu seorang di Selangor dan tiga di Sarawak kerana disyaki melakukan pelbagai kesalahan berkaitan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15), semalam.

Pengarah Operasi PRU-15 PDRM, CP Dato' Sri Hazani Ghazali yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam PDRM dalam kenyataan hari ini berkata, PDRM juga telah membuka lapan kertas siasatan berkaitan PRU-15.

Ia melibatkan siasatan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan (KK) kerana fitnah, Seksyen 447 KK kerana menceroboh, Seksyen 506 KK melakukan ugutan jenayah dan Seksyen 147 KK kerana merusuh.

Selain itu adalah Seksyen 233(1) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKMM), Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam (PPPA) 2016, Seksyen 24(B)(10) Akta Pilihan Raya 1955 dan Seksyen 24(A)(2) Akta Pilihan Raya 1954.

Bacaan lanjut seperti dipautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...#

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 06 Nov 2022 10.49 AMUpdated 15 Aug 2026 6.28 PM