
Artikel
Artikel Pilihan Prn Tiada Perarakan Himpunan Haram Pasca Prn Terkawal Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pujian harus diberi kepada penyokong-penyokong
Kuala Lumpur, 13 Ogos 2023 - Tiada perarakan atau himpunan haram dianjur mana-mana pihak susulan keputusan pilihan raya negeri (PRN) membabitkan enam negeri, pada Sabtu.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pujian harus diberi kepada penyokong-penyokong parti politik kerana sehingga hari ini (Ahad) tiada kejadian buruk berlaku.
"Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Pasukan Sukarelawan Polis, Jabatan Sukarelawan Malaysia dan pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia yang terlibat sepanjang proses PRN berjalan," katanya kepada Sinar Harian pada Ahad.