Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn Situasi Di Pusat Pengundian Enam Negeri Terkawal Timbalan Kpn

Published: 12 Aug 2023 6.08 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2023 - Situasi di semua pusat pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam keadaan terkawal.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-situasi-di-pusat-pengundian-enam-negeri-terkawal-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:31 MYT
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2023 - Situasi di semua pusat pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu dalam keadaan terkawal.

Setakat ini, tiada sebarang kejadian tidak diingini kecuali satu insiden kecil berhubung kekeliruan pakaian oleh pengundi di pusat pengundian di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Melawati, di sini.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, pengundi berkenaan memakai baju T yang mempunyai logo kerajaan Selangor ketika hadir untuk mengundi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melawati.

"Ia sudah diselesaikan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Setakat ini situasi di seluruh negara terutama di enam negeri yang ada PRN terkawal," katanya selepas meninjau pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Klang Gate, di sini.

Datuk Seri Ayob turut mengesahkan insiden di hadapan sebuah balai polis di Kelantan, di mana seorang penyokong sebuah parti politik ditarik dan dipukul anggota polis.

"Pada masa ini siasatan kes berkenaan sedang dijalankan dan Polis Kelantan akan mengeluarkan kenyataan dalam masa terdekat," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../prn-situasi-di-pusat...

ArticlePublished 12 Aug 2023 6.08 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM