Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Prn Sekatan Jalan Raya Seluruh Negara Bermula Tengah Malam Ini

Diterbitkan: 12 Aug 2023 3.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2023 - Polis akan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara bermula jam 12 tengah malam ini pasca Pilihan Raya Negeri (PRN).
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-sekatan-jalan-raya-seluruh-negara-bermula-tengah-malam-ini
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 17:00 MYT
Kuala Lumpur, 12 Ogos 2023 - Polis akan mengadakan sekatan jalan raya (SJR) di seluruh negara bermula jam 12 tengah malam ini pasca Pilihan Raya Negeri (PRN).

SJR dalam Op Kawal Nusa ini adalah bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam berada dalam keadaan terkawal sejurus keputusan PRN diumumkan di semua 187 pusat penjumlahan undi.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, SJR berkenaan akan diadakan sehingga keadaan di seluruh negara benar-benar terkawal.

"Adalah perlu diingatkan kepada semua penyokong parti politik yang memenangi PRN untuk tidak membuat perarakan bagi meraikan kemenangan.

"Kita akan mengambil tindakan mengikut peruntukan undang-undang sekiranya ada pihak yang cuba menimbulkan rasa tidak selamat kepada masyarakat dan mengganggu ketenteraman awam," katanya dalam sidang media khas di Bukit Aman.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../sekatan-jalan-raya-seluruh...

ArtikelDiterbitkan 12 Aug 2023 3.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM