Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn Polis Pantau Proses Penamaan Calon Guna Dron

Published: 29 Jul 2023 2.17 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Petaling Jaya, 29 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi memantau lokasi penamaan calon pada enam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-polis-pantau-proses-penamaan-calon-guna-dron
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:54 MYT
Petaling Jaya, 29 Julai 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengatur gerak Unit Dron Pasukan Gerakan Udara (PGU) bagi memantau lokasi penamaan calon pada enam pilihan raya negeri (PRN) yang berlangsung hari ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pasukan Op Cantas juga digerakkan di lokasi-lokasi panas bagi memastikan kelancaran proses penamaan calon.

“Saya sendiri berada di pusat gerakan di Bukit Aman bagi memantau perjalanan proses penamaan calon pagi ini.
“Pantauan daripada dron dan pasukan Op Cantas mempunyai link dengan pusat gerakan ini,” katanya.

Proses penamaan calon bagi PRN berlangsung serentak di enam negeri hari ini.
Sebanyak 173 pusat penamaan calon dibuka di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Sumber: Utusan Online

Artikel Pilihan Prn Polis Pantau Proses Penamaan Calon Guna Dron
ArticlePublished 29 Jul 2023 2.17 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM