Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn Penempatan Uzur Babit Pasukan Bantuan Prn Hanya Salah Faham Kpn

Published: 10 Aug 2023 1.55 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2023 - Terdapat salah faham membabitkan penularan video berhubung lokasi kediaman uzur yang bakal menjadi penempatan sementara Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) untuk penugasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Sabtu ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-penempatan-uzur-babit-pasukan-bantuan-prn-hanya-salah-faham-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 07:22 MYT
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2023 - Terdapat salah faham membabitkan penularan video berhubung lokasi kediaman uzur yang bakal menjadi penempatan sementara Pasukan Simpanan Persekutuan (PSP) untuk penugasan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di Selangor, Sabtu ini.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, berlaku kekhilafan membabitkan anggota PSP dan pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan

Kata beliau, video itu ditularkan selepas menyangkakan pasukan bantuan ini akan ditempatkan di kawasan berkenaan yang kelihatan usang dan tidak terurus tanpa mempunyai kelengkapan.

“Namun, sebenarnya pasukan dari Terup 1 C, PSP itu akan ditempatkan di sebuah berek baharu di Balai Polis Pelabuhan Klang.

“Seorang pegawai polis dari Balai Polis berkenaan pula terkhilaf menunjukkan bangunan usang itu sedangkan lokasi sebenar adalah di berek baharu,” katanya dalam satu sidang media khas di Bukit Aman, hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.utusan.com.my/.../penempatan-uzur-babit.../

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang

 
ArticlePublished 10 Aug 2023 1.55 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM