Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn Pdrm Perketat Kawalan Keselamatan Istana Kompleks Pentadbiran Kerajaan Negeri Kpn

Published: 10 Aug 2023 1.30 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketat kawalan keselamatan di lokasi-lokasi strategik termasuk di istana negeri yang berkemungkinan menjadi tumpuan pihak tertentu sebaik keputuan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diumumkan Sabtu ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-pdrm-perketat-kawalan-keselamatan-istana-kompleks-pentadbiran-kerajaan-negeri-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 04:28 MYT
Kuala Lumpur, 10 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memperketat kawalan keselamatan di lokasi-lokasi strategik termasuk di istana negeri yang berkemungkinan menjadi tumpuan pihak tertentu sebaik keputuan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri diumumkan Sabtu ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata langkah itu adalah untuk memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di lokasi-lokasi strategik berkenaan terjamin selepas pasca-PRN.


Beliau berkata keselamatan di sesebuah istana itu amat penting kerana PDRM tidak mahu sebarang gangguan terhadap istana pada tengah malam sebaik keputusan diumumkan.

“Kami tidak mahu istana atau sultan di negeri diganggu tengah-tengah malam untuk (pimpinan kerajaan negeri yang baharu) angkat sumpah.

“Kami (PDRM) akan memastikan peralihan kepimpinan sesebuah kerajaan negeri berlangsung dalam keadaan aman berdasarkan Perlembagaan," katanya pada sidang media khas di Bukit Aman di sini hari ini.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: Bernama

Jurugambar: Koperal Irfan Bujang

May be an image of 2 people and text

May be an image of 2 people, newsroom and text

May be an image of 4 people and text that says 'IBU PEJABAT POLIS DIRAJA MALAYSIA BUKIT AMAN'
ArticlePublished 10 Aug 2023 1.30 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM