Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn Pdrm Pantau Media Sosial

Published: 16 Jun 2023 2.13 PM Updated: 15 Aug 2026 8.25 PM
Kuala Lumpur, 16 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau sebarang provokasi dan komen-komen berunsur hasutan di media sosial pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-pdrm-pantau-media-sosial
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:08 MYT
Kuala Lumpur, 16 Jun 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memantau sebarang provokasi dan komen-komen berunsur hasutan di media sosial pada Pilihan Raya Negeri (PRN).
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri & Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Hazani Ghazali berkata, pihaknya akan mengambil tindakan terhadap mana-mana individu yang didapati mengeluarkan kenyataan membabitkan unsur 3R iaitu Raja (Royalty), Agama (Religion) dan Kaum (Race).
"Kita akan memantau 'cyber war' serta isu 3R di laman sosial, saya percaya rakyat Malaysia berdisplin. Justeru pengguna media sosial diingatkan agar sentiasa menjaga kesopanan dan tidak melampaui batas ketika memberikan pandangan serta membuat sebarang ulasan," katanya ketika dihubungi pada Jumaat.
Dato' Sri Hazani berkata, PDRM juga akan mengatur gerak pasukan Op Cantas untuk menjalankan risikan, pemantauan dan mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba melakukan kekacauan sepanjang proses PRN.
"Jabatan Siasatan Jenayah juga sudah ada pasukan yang terlibat dalam Op Cantas tersebut. PDRM bersama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan melakukan pemantauan dalam memastikan proses berkempen dan pengundian dilaksanakan mengikut peruntukan undang-undang," katanya.
Bacaan lanjut menerusi pautan berikut; https://www.sinarharian.com.my/.../prn-pdrm-pantau-media...

Sumber: Sinar Harian

Artikel Pilihan Prn Pdrm Pantau Media Sosial
ArticlePublished 16 Jun 2023 2.13 PMUpdated 15 Aug 2026 8.25 PM