
Artikel
Artikel Pilihan Prn Keselamatan Sanusi Calon Lain Terjamin Kpn
Beliau berkata, ini kerana Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi mempunyai pengawal keselamatan sendiri iaitu seorang anggota polis yang bertanggungjawab menjaga kese...
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2023 - Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain menegaskan keselamatan Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi Md Nor dan calon lain yang bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini adalah terjamin.
Tan Sri Razarudin berkata, justeru keselamatan calon yang bertanding bagi mempertahan kerusi Dewan Undangan Negeri Jeneri itu sepanjang kempen pilihan raya ini adalah terjamin.
“Insya-Allah, kalau ada ancaman kepada Dato’ Seri Hj. Muhammad Sanusi anggota ini akan memaklumkan kepada Ketua Polis Kedah, CP Dato’ Fisol Salleh.
“Pada masa sama, sekiranya ada mana-mana calon berasa tidak selamat semasa berkempen sila buat laporan dan kami akan siasat,” katanya kepada Bernama hari ini.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.buletintv3.my/politik/keselamatan-sanusi-calon-lain-terjamin-kpn/?fbclid=IwAR3SbuhE6oWZRPVO4vEK85q14CJwfdp1lG74QUrQ57PAcf0GHP0BcpIyBEE
https://www.buletintv3.my/politik/keselamatan-sanusi-calon-lain-terjamin-kpn/?fbclid=IwAR3SbuhE6oWZRPVO4vEK85q14CJwfdp1lG74QUrQ57PAcf0GHP0BcpIyBEE