Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn Jips Siasat Insiden Anggota Polis Kasari Penyokong Parti

Published: 14 Aug 2023 1.49 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Pengarah JIPS, CP Dato’ Sri Azri Ahmad berkata, siasatan dijalankan termasuk dari segi sekiranya terdapat sebarang unsur sama ada jenayah atau tatatertib.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-jips-siasat-insiden-anggota-polis-kasari-penyokong-parti
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 23:27 MYT
Kuala Lumpur, 14 Ogos 2023 - Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) menjalankan siasatan menyeluruh berkaitan insiden kekasaran didakwa dilakukan seorang anggota polis di hadapan pintu masuk sebuah Ibu Pejabat Polis Daerah di pantai timur, Jumaat lalu.

Pengarah JIPS, CP Dato’ Sri Azri Ahmad berkata, siasatan dijalankan termasuk dari segi sekiranya terdapat sebarang unsur sama ada jenayah atau tatatertib.

"Sekiranya ada unsur jenayah, maka ia akan disiasat mengikut sudut jenayah sehingga membawa kepada pertuduhan berbeza dengan kesalahan tatatertib di mana mereka boleh dikenakan tindakan seperti surat amaran, denda termasuk buang kerja," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Terima Tugas Jawatan Ketua Polis Kuala Lumpur serta Pengerusi Perkep Kontinjen Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, di sini pada hari ini.

Kata Dato’ Sri Azri, pihaknya sama sekali tidak berkompromi dengan mana-mana kesalahan yang dilakukan oleh anggota atau pegawai.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.sinarharian.com.my/article/273720/berita/semasa/jips-siasat-insiden-anggota-polis-bertindak-kasar?fbclid=IwAR2QQoL57L_qrWQAJl9LVv13V9qpOl2Q0GtPecrgPedTDLD7KPlunlDS1G4

JIPS siasat insiden anggota polis bertindak kasar
ArticlePublished 14 Aug 2023 1.49 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM