Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn Jangan Sentuh Isu 3r Di Saat Akhir Kempen Timbalan Kpn

Published: 08 Aug 2023 6.03 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sejak penamaan calon pada 29 Julai lalu, tiada kertas siasatan dibuka berhubung eksploitasi isu 3R terhadap mana-mana calon atau penyokong parti politik.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-jangan-sentuh-isu-3r-di-saat-akhir-kempen-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:20 MYT
Shah Alam, 8 Ogos 2023 - Calon dan penyokong-penyokong parti politik diingatkan tidak melakukan eksploitasi terhadap sebarang perkara berkaitan bangsa, agama dan institusi diraja (3R) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir Jumaat ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sejak penamaan calon pada 29 Julai lalu, tiada kertas siasatan dibuka berhubung eksploitasi isu 3R terhadap mana-mana calon atau penyokong parti politik.

“Setakat ini untuk Selangor tak ada lagi (kertas siasatan dibuka). Mungkin pada kes-kes lepas yang kita beri amaran, berkaitan institusi diraja paling banyak kita beri amaran, setakat ini tak ada kertas siasatan lagi dibuka.

“Kita harap berterusan sehingga habis kempen dan pada hari mengundi nanti pada 12 Ogos, saya harap tidak ada isu 3R dibangkitkan oleh ahli-ahli politik tak kira di pihak mana sekali pun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.

Beliau menambah, polis meneruskan pemantauan terhadap perkara tersebut dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang membangkitkan hal berkaitan 3R.

Jangan sentuh isu 3R di saat akhir kempen

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/08/jangan-sentuh-isu-3r-di-saat-akhir-kempen/?fbclid=IwAR0IwuvZf6HSlETOC4_tSDxA37bNfXP7iaGEOohFrerk3Y4adWKq-NGHPus


ArticlePublished 08 Aug 2023 6.03 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM