
Artikel
Artikel Pilihan Prn Jangan Sentuh Isu 3r Di Saat Akhir Kempen Timbalan Kpn
Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, sejak penamaan calon pada 29 Julai lalu, tiada kertas siasatan dibuka berhubung ek...
Shah Alam, 8 Ogos 2023 - Calon dan penyokong-penyokong parti politik diingatkan tidak melakukan eksploitasi terhadap sebarang perkara berkaitan bangsa, agama dan institusi diraja (3R) sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) yang berakhir Jumaat ini.
“Setakat ini untuk Selangor tak ada lagi (kertas siasatan dibuka). Mungkin pada kes-kes lepas yang kita beri amaran, berkaitan institusi diraja paling banyak kita beri amaran, setakat ini tak ada kertas siasatan lagi dibuka.
“Kita harap berterusan sehingga habis kempen dan pada hari mengundi nanti pada 12 Ogos, saya harap tidak ada isu 3R dibangkitkan oleh ahli-ahli politik tak kira di pihak mana sekali pun,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen Selangor, hari ini.
Beliau menambah, polis meneruskan pemantauan terhadap perkara tersebut dan akan mengambil tindakan tegas jika terdapat mana-mana pihak yang membangkitkan hal berkaitan 3R.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,