Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn 891 Laporan Polis 6 Ceramah Tidak Berpermit

Published: 05 Aug 2023 12.41 PM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan berkata, laporan statistik kumulatif setakat 4 Ogos (Jumaat) itu mendapati Selangor paling tinggi menerima laporan polis iaitu 335 diikuti Kedah (226) dan Terengganu (150).
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-891-laporan-polis-6-ceramah-tidak-berpermit
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:05 MYT
Kuala Lumpur, 5 Ogos 2023 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima 891 laporan berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dalam tempoh sembilan hari sejak 27 Julai lalu.

Ketua Komunikasi Korporat PDRM, ACP Skandaguru Anandan berkata, laporan statistik kumulatif setakat 4 Ogos (Jumaat) itu mendapati Selangor paling tinggi menerima laporan polis iaitu 335 diikuti Kedah (226) dan Terengganu (150).

Menurutnya, selebihnya ialah Kelantan (92), Negeri Sembilan (75) dan Pulau Pinang (13).
"Sebanyak 1,772 ceramah adalah berpermit namun enam dikesan tidak berpermit iaitu empat di Terengganu manakala Selangor dan Negeri Sembilan masing-masing dengan satu kes," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Tambahnya, polis turut membuka 47 kertas siasatan selain melaksanakan dua tangkapan.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../prn-891-laporan-polis...

Sumber: Sinar Harian

PRN: 891 laporan polis, 6 ceramah tidak berpermit
ArticlePublished 05 Aug 2023 12.41 PMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM