Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn 59 Kawasan Panas Prn Terengganu Timbalan Kpn

Published: 13 Jul 2023 12.00 PM Updated: 15 Aug 2026 8.21 PM
Kuala Terengganu, 13 Julai 2023 - Polis mengenal pasti sebanyak 59 'kawasan panas' bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-59-kawasan-panas-prn-terengganu-timbalan-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 13:07 MYT
Kuala Terengganu, 13 Julai 2023 - Polis mengenal pasti sebanyak 59 'kawasan panas' bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu.

Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ia membabitkan 13 kawasan di Kuala Terengganu, selain Dungun (11), Setiu (10), Kemaman (sembilan), Hulu Terengganu (lapan), Besut (empat) dan Marang (empat).

Beliau berkata, kebanyakan isu yang timbul di kawasan panas adalah perkara kecil dan boleh dikurangkan atau dipastikan tidak akan timbul bagi memastikan PRN berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.

"Isu-isu kecil seperti merosakkan bendera, cuba untuk mengawal kawasan supaya tak dibenarkan pihak yang lain memacak bendera dan mencabut bendera, itu tiga isu yang amat kecil.

"Saya telah memberi arahan kepada Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan untuk memanggil semua yang akan terbabit dengan pilihan raya ini untuk memastikan tidak ada isu-isu kecil yang ditimbulkan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan awam terkawal," katanya.

Bacaan lanjut menerusi pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../59-kawasan-panas-prn...

ArticlePublished 13 Jul 2023 12.00 PMUpdated 15 Aug 2026 8.21 PM