Artikel
Artikel Pilihan Prn 59 Kawasan Panas Prn Terengganu Timbalan Kpn
Kuala Terengganu, 13 Julai 2023 - Polis mengenal pasti sebanyak 59 'kawasan panas' bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu.
Kuala Terengganu, 13 Julai 2023 - Polis mengenal pasti sebanyak 59 'kawasan panas' bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di Terengganu.
Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay, berkata ia membabitkan 13 kawasan di Kuala Terengganu, selain Dungun (11), Setiu (10), Kemaman (sembilan), Hulu Terengganu (lapan), Besut (empat) dan Marang (empat).
"Isu-isu kecil seperti merosakkan bendera, cuba untuk mengawal kawasan supaya tak dibenarkan pihak yang lain memacak bendera dan mencabut bendera, itu tiga isu yang amat kecil.
"Saya telah memberi arahan kepada Ketua Polis Terengganu, DCP Datuk Mazli Mazlan untuk memanggil semua yang akan terbabit dengan pilihan raya ini untuk memastikan tidak ada isu-isu kecil yang ditimbulkan sebelum, semasa dan selepas pilihan raya untuk memastikan ketenteraman dan keselamatan awam terkawal," katanya.
Sumber: Berita Harian Online