Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Prn 327 Laporan Polis Dan 2 Tangkapan Kpn

Diterbitkan: 02 Aug 2023 1.53 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Setakat ini hanya dua tangkapan direkodkan sepanjang Op PRN enam negeri iaitu di Kedah, membabitkan kes khianat terhadap bahan kempen PRN dan kes penghinaan di media sosial yang dilaporkan semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-327-laporan-polis-dan-2-tangkapan-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 21:56 MYT
Kuala Lumpur, 2 Ogos 2023 - Sebanyak 327 laporan polis diterima setakat tengah malam tadi berhubung proses kempen dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) enam negeri.

Setakat ini hanya dua tangkapan direkodkan sepanjang Op PRN enam negeri iaitu di Kedah, membabitkan kes khianat terhadap bahan kempen PRN dan kes penghinaan di media sosial yang dilaporkan semalam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, Kedah mencatatkan penerimaan laporan polis tertinggi dengan 147, Selangor (133) dan Terengganu (58).

"Pihak polis turut menerima 25 laporan berkaitan Op PRN manakala Kelantan lima laporan dan Pulau Pinang mencatatkan empat laporan.

"Setakat ini sebanyak 778 permit ceramah dikeluarkan dalam fasa kempen PRN di semua enam negeri.

"Permohonan paling tinggi untuk permit ceramah adalah di Kedah dengan 199 permohonan, Selangor 162 permohonan dan Terengganu 148 permohonan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

PRN: 327 laporan polis, 2 tangkapan - KPN | Berita Harian
ArtikelDiterbitkan 02 Aug 2023 1.53 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM