Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn 2 000 Anggota Pegawai Polis Tambahan Ditempatkan Di Selangor Kpn

Published: 07 Jul 2023 1.40 PM Updated: 15 Aug 2026 8.21 PM
Shah Alam, 7 Julai 2023 - Sebanyak 2,000 anggota dan pegawai tambahan akan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk membantu memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini berjalan dengan lancar.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-2-000-anggota-pegawai-polis-tambahan-ditempatkan-di-selangor-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 19:30 MYT
Shah Alam, 7 Julai 2023 - Sebanyak 2,000 anggota dan pegawai tambahan akan ditempatkan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor untuk membantu memastikan Pilihan Raya Negeri (PRN) di negeri ini berjalan dengan lancar.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata kontinjen negeri itu mempunyai kekuatan anggota seramai 14,000 dan daripada jumlah itu 10,000 anggota akan digunakan untuk tugasan berkaitan PRN.

“Anggota dan pegawai yang selebihnya akan meneruskan tugas hakiki lain seperti menjaga balai dan melakukan rondaan,” katanya pada sidang media sempena persiapan PRN Selangor di sini hari ini.

Beliau berkata tambahan 2,000 keanggotaan akan diperoleh daripada kontinjen negeri berdekatan dan Ibu pejabat Polis Bukit Aman, kerana lebih mudah diatur gerak bagi membantu perjalanan pelaksanaan PRN itu nanti.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://prn.bernama.com/news-bm.php?id=2204295

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 07 Jul 2023 1.40 PMUpdated 15 Aug 2026 8.21 PM