Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prn 16 Kertas Siasatan Dibuka Bukit Aman

Published: 03 Aug 2023 2.11 PM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 3 Ogos 2023 - Sebanyak 16 kertas siasatan dibuka antaranya membabitkan kesalahan merosakkan bahan kempen calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prn-16-kertas-siasatan-dibuka-bukit-aman
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:16 MYT
Kuala Lumpur, 3 Ogos 2023 - Sebanyak 16 kertas siasatan dibuka antaranya membabitkan kesalahan merosakkan bahan kempen calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri.
Ketua Komunikasi Korporat, Polis Diraja Malaysia, ACP A. Skandaguru berkata, semua kertas siasatan dibuka itu direkodkan semalam dengan lima di Selangor, empat di Pulau Pinang, masing-masing tiga di Kedah dan Terengganu serta satu di Negeri Sembilan.

Mengulas lanjut, katanya, di Bukit Selambau, Sungai Petani, Kedah, satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 4A(1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kerana kesalahan mengembangkan permusuhan dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana kesalahan jenayah khianat selepas terdapat bendera parti dirosakkan dan dibuang.
"Di Selangor, seorang pengadu menerima maklumat kain rentang calon bertanding di kawasan Kampung Sungai Yu diconteng dan dirosakkan, manakala di Lenggeng, Negeri Sembilan, seorang ketua wanita sebuah parti politik Cawangan Sungai Machang Ulu membuat laporan difitnah pemilik akaun Facebook," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, semalam juga polis menerima 182 laporan berkaitan pilihan raya dengan Selangor tertinggi membabitkan 62 laporan.
"Ia diikuti Kedah dengan 53 laporan polis, diikuti Terengganu (34), Kelantan (17), Negeri Sembilan (12) dan Pulau Pinang (empat).

"Polis turut meluluskan 274 permit ceramah membabitkan 66 di Terengganu, Kedah (61), Kelantan (53), Selangor (43), Negeri Sembilan (24) dan Pulau Pinang (27)," katanya.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari pengundian bagi enam PRN iaitu di Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan, manakala pengundian awal pada 8 Ogos.

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Prn 16 Kertas Siasatan Dibuka Bukit Aman
ArticlePublished 03 Aug 2023 2.11 PMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM