Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Prk Tiada Laporan 3r Diterima Sepanjang Kempen Prk Kkb Kpn

Published: 11 May 2024 7.13 AM Updated: 15 Aug 2026 8.14 PM
Hulu Selangor, 11 Mei 2024 - Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu Raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) berlangsung.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-prk-tiada-laporan-3r-diterima-sepanjang-kempen-prk-kkb-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:36 MYT
Hulu Selangor, 11 Mei 2024 - Polis tidak menerima sebarang laporan membabitkan isu 3R iaitu Raja, agama dan kaum, sepanjang tempoh 14 hari kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) berlangsung.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata hasil pemantauan polis mendapati tiada isu sensitif dibangkitkan mana-mana pihak pada kempen berkenaan selain daripada isu pembangunan.

"Dari segi keselamatan, kebanyakan anggota dan pegawai memang sudah biasa mengurus dan menyusun atur keselamatan dan ketenteraman awam terutama sekali bagi pengundi dan petugas pilihan raya," katanya ketika ditemui selepas menghadiri taklimat di Ibu Pejabat Polis Daerah Hulu Selangor, di sini hari ini.

Kempen PRK KKB bermula pada 27 April lepas iaitu selepas pengisytiharan calon bertanding dan tamat pada 11.59 malam tadi.

Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 11 May 2024 7.13 AMUpdated 15 Aug 2026 8.14 PM