Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Pps Main Peranan Cegah Jenayah Di Sekolah Kpn

Diterbitkan: 13 May 2023 12.23 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 13 Mei 2023 - Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan dalam usaha mencegah pelakuan kes jenayah termasuk buli babit pelajar.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-pps-main-peranan-cegah-jenayah-di-sekolah-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:24 MYT
Kuala Lumpur, 13 Mei 2023 - Kehadiran Pegawai Perhubungan Sekolah (PPS) daripada kalangan pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) memainkan peranan dalam usaha mencegah pelakuan kes jenayah termasuk buli babit pelajar.
Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, pihaknya memandang serius kes buli khususnya di sekolah.
Katanya, kejadian buli mewujudkan gejala samseng atau gengsterisme yang turut membabitkan mangsa yang mengalami kecederaan.
"Kehadiran PPS memang untuk mencegah bukan sahaja kes buli tetapi lain-lain kes jenayah yg melibatkan pelajar dengan kerjasama pihak sekolah dan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).
Inisiatif PPS ialah kolaborasi PDRM dan KPM dengan usaha-usaha memberi kesedaran mengenai pencegahan jenayah melalui pelbagai pendekatan seperti aktiviti ceramah, kempen serta pameran pencegahan jenayah bagi menyemaikan perasan negatif dan benci kepada pelakuan yang melanggar undang-undang," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.
Sumber: Sinar Harian

Artikel Pilihan Pps Main Peranan Cegah Jenayah Di Sekolah Kpn
ArtikelDiterbitkan 13 May 2023 12.23 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM