Artikel
Artikel Pilihan Polis Tumpaskan Tiga Kumpulan Pecah Rumah Curi Kereta
Kejayaan itu dipercayai telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes pecah rumah, kedai, masjid dan pejabat kerajaan melibatkan rampasan keseluruhan mencecah...
Gua Musang, 3 Disember 2020 - Polis berjaya menumpaskan tiga kumpulan penjenayah yang dipercayai terlibat dalam pelbagai kes pecah rumah dan curi kenderaan di daerah ini dengan penahanan empat suspek dalam tiga serbuan berasingan baru-baru ini.
Kejayaan itu dipercayai telah menyelesaikan sekurang-kurangnya 14 kes pecah rumah, kedai, masjid dan pejabat kerajaan melibatkan rampasan keseluruhan mencecah RM100,000 dan enam kes curi kereta yang melibatkan kerugian lebih RM300,000.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Mohd. Taufik Maidin berkata, empat suspek termasuk pasangan kekasih yang ditangkap berusia dalam lingkungan 27 hingga 36 tahun.
Katanya, pasangan kekasih tersebut merupakan ahli Geng Takir yang aktif memecah masuk rumah, kedai, masjid dan pejabat kerajaan sejak beberapa bulan lalu ditahan jam 1.00 pagi di Chiku 5, Isnin lalu.
“Seorang lagi suspek merupakan ahli Geng Dene yang aktif melakukan kegiatan hampir serupa ditahan di sebuah kedai makan di Paloh 2 di sini, Sabtu lalu.
“Suspek keempat pula merupakan ahli Geng Isey Binte yang dipercayai terlibat mencuri enam kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux di sekitar Paloh sejak 2017 ditahan di sekitar Paloh Selasa lalu,” katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.kosmo.com.my/.../tiga-kumpulan-pecah-rumah.../
Sumber:
Kosmo Online