Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Tubuh Pasukan Khas Siasat Pencemaran Bau Di Sungai Gong

Published: 05 Sep 2020 1.00 AM Updated: 17 Jul 2026 2.22 AM
Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang mengakibatkan hampir 1.2 juta akaun pengguna sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tubuh-pasukan-khas-siasat-pencemaran-bau-di-sungai-gong
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 15:19 MYT

Kuala Lumpur, 5 September 2020 - Polis telah menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat pencemaran bau di kawasan perindustrian Sungai Gong, Rawang yang mengakibatkan hampir 1.2 juta akaun pengguna sekitar Lembah Klang mengalami gangguan bekalan air.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Noor Azam Jamaludin berkata pasukan tersebut ditubuhkan semalam selepas pihaknya menerima dua laporan berhubung kejadian tersebut.

“Pasukan ini disertai pegawai dan anggota polis bersama pihak berkaitan antaranya Jabatan Alam Sekitar dan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) kerana mereka pakar dalam bidang ini,” katanya kepada Bernama.

Jelasnya, pemilik kilang dan pihak yang disyaki terbabit dengan kejadian berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan dalam masa terdekat.

Ditanya sama ada kilang berkenaan beroperasi secara haram atau sebaliknya, Dato' Noor Azam berkata perkara tersebut masih dalam siasatan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=1876692

Sumber: BERNAMA

ArticlePublished 05 Sep 2020 1.00 AMUpdated 17 Jul 2026 2.22 AM