Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Tingkat Keselamatan Sempadan Negara Tangani Jenayah Kian Kompleks Kpn

Published: 27 Oct 2023 10.40 AM Updated: 17 Jul 2026 2.24 AM
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023 - Polis mempertingkatkan tahap kawalan sempadan negara bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terus terjamin susulan ancaman jenayah rentas sempadan yang dilihat semakin kompleks.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tingkat-keselamatan-sempadan-negara-tangani-jenayah-kian-kompleks-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023 - Polis mempertingkatkan tahap kawalan sempadan negara bagi memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di negara ini terus terjamin susulan ancaman jenayah rentas sempadan yang dilihat semakin kompleks.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) telah mengatur gerak kesemua elemen-eleman di bawahnya bagi tujuan itu.

Beliau berkata ia bukan sahaja tertumpu ke arah menjaga keselamatan di darat, bahkan turut meliputi ruang udara dan perairan negara.

“Selain itu, Jabatan KDNKA juga telah melancarkan pelbagai operasi bersepadu dengan mengatur gerak aset milik pasukan seperti kereta perisai, Unit Berkuda serta pemantauan udara menggunakan helikopter dan dron di kawasan sempadan negara,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/am/news.php?id=2238954.
ArticlePublished 27 Oct 2023 10.40 AMUpdated 17 Jul 2026 2.24 AM