
Artikel
Artikel Pilihan Selia Pantau Anggota Bawahan Tanpa Pilih Kasih Berat Sebelah Kpn
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023 - Semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia polis diingatkan supaya menyelia dan memantau anggota bawahan masing-masin...
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2023 - Semua ketua jabatan, pegawai pemerintah dan penyelia polis diingatkan supaya menyelia dan memantau anggota bawahan masing-masing tanpa pilih kasih dan berat sebelah.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, pegawai pemerintah perlu bertanggungjawab dan mengambil cakna tentang tingkah laku pegawai bawahan.
"Perkara ini seperti yang termaktub dalam Peraturan 3C Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
"Justeru, saya mahu semua pegawai pemerintah memulakan pendekatan yang lebih agresif dalam memperkasakan peraturan ini secara menyeluruh ke arah meningkatkan penyampaian perkhidmatan kepada masyarakat," katanya.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../selia-pantau-anggota....