Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Tambah 19 Lagi Cic Tangani Kes Seksual Dan Penderaan Pengarah Jsj

Diterbitkan: 16 Mar 2023 1.13 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Sumber: BERNAMA
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tambah-19-lagi-cic-tangani-kes-seksual-dan-penderaan-pengarah-jsj
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 20:24 MYT
Artikel Pilihan Polis Tambah 19 Lagi Cic Tangani Kes Seksual Dan Penderaan Pengarah Jsj
Laman Utama / Artikel / Artikel Pilihan Polis Tambah 19 Lagi Cic Tangani Kes Seksual Dan Penderaan Pengarah Jsj
Kembali ke Pustaka
Artikel

Artikel Pilihan Polis Tambah 19 Lagi Cic Tangani Kes Seksual Dan Penderaan Pengarah Jsj

Sumber: BERNAMA
Kota Bharu, 16 Mac 2023 - Polis akan menambah 19 lagi Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menangani kes-kes seksual dan penderaan ke atas kanak-kanak dan wanita di seluruh negara.

Pengarah JSJ, CP Dato' Sri Abd Jalil Hassan berkata setakat ini, hanya ada sebanyak 15 CIC di seluruh negara iaitu sebuah di setiap kontinjen.
Beliau berkata penambahan 19 buah lagi CIC itu, telah diluluskan dan kini pihak PDRM sedang mencari lokasi sesuai.

“Setiap negeri akan ditambah satu lagi CIC termasuk sebuah lagi di Kelantan iaitu di Machang.
“Di Sabah dan Sarawak pula akan ditambah dua lagi bagi setiap negeri, kerana keluasan negeri tersebut di samping dapat memberi kemudahan kepada saksi dan mangsa,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan CIC yang bertempat di Perumahan PDRM di Kemumin, di sini, hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Polis Tambah 19 Lagi Cic Tangani Kes Seksual Dan Penderaan Pengarah Jsj
ArtikelDiterbitkan 16 Mar 2023 1.13 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM