Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Tahan Wanita Pukul Kucing Bunting Dengan Besi Sampai Mati

Diterbitkan: 30 Dec 2020 8.35 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Seberang Perai, 30 Disember 2020 – Seekor kucing sedang bunting mati manakala seekor lagi cedera selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang wanita di bawah sebuah pangsapuri di Pintas Kalui 1, Seberang Jaya di sini semalam.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tahan-wanita-pukul-kucing-bunting-dengan-besi-sampai-mati
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:22 MYT
Seberang Perai, 30 Disember 2020 – Seekor kucing sedang bunting mati manakala seekor lagi cedera selepas dipukul dengan sebatang besi oleh seorang wanita di bawah sebuah pangsapuri di Pintas Kalui 1, Seberang Jaya di sini semalam.

Kejadian kira-kira pukul 1.30 petang itu dikatakan berpunca apabila wanita berkenaan berang kerana mendakwa beberapa ekor kucing telah membuang najis di hadapan rumahnya di kawasan itu.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, ACP Tuan Shafee Abd. Samad berkata, tindakan oleh suspek berusia 51 tahun itu telah disaksikan oleh seorang lelaki yang tampil membuat laporan polis.

“Menurut pengadu (saksi), suspek telah memukul dua ekor kucing yang sedang diberi makan oleh rakan pengadu dengan sebatang besi yang diambil dari dalam sebuah kereta.

“Akibat kejadian itu, salah seekor kucing tersebut yang bunting mati, manakala seekor anak kucing luka pada mulut,” katanya kepada pemberita, hari ini.

Tuan Shafee berkata, saksi itu kemudiannya menghubungi Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) sebelum kucing tersebut diambil dan dibawa ke ibu pejabat JPV di Jalan Bukit Tengah, Bukit Mertajam di sini.

“Polis telah menahan suspek yang bekerja sebagai seorang broker itu dan soal-siasat mendapati dia tiada sebarang rekod lampau,” katanya lagi.

Tuan Shafee berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015

Artikel Pilihan Polis Tahan Wanita Pukul Kucing Bunting Dengan Besi Sampai Mati
ArtikelDiterbitkan 30 Dec 2020 8.35 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM