Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Tahan Remaja Promosi Pornografi Kanak Kanak

Published: 20 Jun 2021 3.00 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 20 Jun 2021 - Seorang remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mempromosi pornografi kanak-kanak melalui media sosial.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tahan-remaja-promosi-pornografi-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 23:43 MYT

Kuala Lumpur, 20 Jun 2021 - Seorang remaja lelaki ditahan selepas disyaki terlibat dalam kegiatan mempromosi pornografi kanak-kanak melalui media sosial.

Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Tuan Mohd Zaid Hassan berkata suspek berusia 19 tahun itu ditahan di Semenyih, dekat sini pada 6 petang, Rabu lepas oleh sepasukan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Bukit Aman.

"Dalam serbuan berkenaan pihak polis telah merampas sebuah telefon bimbit milik suspek yang dipercayai mengandungi gambar dan video bagi tujuan mempromosi kegiatan tidak bermoral itu kepada orang ramai," katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.

Tuan Mohd Zaid berkata, suspek kini direman sehingga hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 10 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017.

Sebelum ini tular satu tangkap layar kegiatan mempromosi video dan gambar lucah kanak-kanak melalui media sosial.

Sumber: Polis Daerah Kajang dan BERNAMA

ArticlePublished 20 Jun 2021 3.00 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM