Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Tahan Penunggang Motosikal Langgar Anggota Bertugas

Published: 24 May 2022 12.42 PM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika tujuh anggota polis trafik termasuk mangsa sedang melakukan penguatkuasaan. Katanya, anggota menahan motosikal Yamaha 150 ZR ditunggang suspek berusia 22 tahun, namun dia tidak mengendahkannya dan melanggar seorang daripada anggota yang berada di bahu jalan ketika cuba melarikan diri.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tahan-penunggang-motosikal-langgar-anggota-bertugas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 22:48 MYT
Kota Bharu, 24 Mei 2022 - Lelaki ditahan selepas gagal memberhentikan motosikal ditunggangnya dan melanggar seorang anggota polis ketika operasi "snap check" di Jambatan Sultan Yahya Petra, di sini semalam.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kelantan, Superintendan Shuhaimi Jusoh berkata, kejadian berlaku pada 6.30 petang ketika tujuh anggota polis trafik termasuk mangsa sedang melakukan penguatkuasaan.

Katanya, anggota menahan motosikal Yamaha 150 ZR ditunggang suspek berusia 22 tahun, namun dia tidak mengendahkannya dan melanggar seorang daripada anggota yang berada di bahu jalan ketika cuba melarikan diri.

"Akibat pelanggaran itu, suspek dan anggota terjatuh dan mengalami kecederaan. Kedua-duanya dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk rawatan lanjut.

"Pemeriksaan pada badan suspek tidak menemui sebarang sebarang barang salah dan suspek yang juga nelayan tidak mempunyai lesen memandu serta cukai jalan kenderaan sudah tamat tempoh," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.hmetro.com.my/.../penunggang-ditahan-rempuh...
Sumber: Harian Metro

Penunggang ditahan rempuh polis | Harian Metro
ArticlePublished 24 May 2022 12.42 PMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM