Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Tahan Pengurus Restoran Guna Peralatan Hidangan Papar Gambar Pemimpin Komunis

Published: 06 Dec 2024 1.10 AM Updated: 17 Jul 2026 3.35 AM
Polis menahan seorang pengurus restoran selepas mendapati menggunakan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan gambar pemimpin komunis di restoran terbabit di Bandar Botanic, Klang, semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tahan-pengurus-restoran-guna-peralatan-hidangan-papar-gambar-pemimpin-komunis
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:17 MYT

Kuala Lumpur, 6 Disember 2024 - Polis menahan seorang pengurus restoran selepas mendapati menggunakan peralatan hidangan makanan dan minuman yang memaparkan gambar pemimpin komunis di restoran terbabit di Bandar Botanic, Klang, semalam.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Razarudin Husain berkata serbuan dijalankan sepasukan polis Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah Klang selatan pada 10 malam susulan maklumat yang didedahkan menerusi satu video di Youtube dimuat naik pemilik akaun 'luiswong 90".
"Susulan daripada itu, polis telah menyerbu restoran tersebut dan menahan seorang lelaki berusia 20 tahun yang merupakan pengurus restoran terbabit.

"Dalam serbuan tersebut, polis turut merampas lima mangkuk seramik putih tercatit tulisan bahasa Cina dan gambar muka Presiden Komunis China, Mao Zedong bersama rakan-rakannya," katanya ketika dihubungi.

Tan Sri Razarudin berkata turut dirampas cawan kaca teh seramik dengan tulisan bahasa Cina berserta gambar, sudu sup seramik yang mempunyai gambar Mao Zedong serta resit perniagaan.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Polis Tahan Pengurus Restoran Guna Peralatan Hidangan Papar Gambar Pemimpin Komunis

ArticlePublished 06 Dec 2024 1.10 AMUpdated 17 Jul 2026 3.35 AM