Artikel
Biarjasajadikenangan Video Pilihan Anggota Polis Berkongsi Rezeki Seadanya Demi Ringankan Beban Insan Dalam Musibah
Walaupun mungkin bantuan yang diberikan tampak kecil, namun buat mereka dalam kesulitan, ia memberi makna yang tidak terucap dengan kata-kata.
Walaupun mungkin bantuan yang diberikan tampak kecil, namun buat mereka dalam kesulitan, ia memberi makna yang tidak terucap dengan kata-kata.
Begitulah sikap terpuji seorang anggota polis dari Unit Kereta Peronda, Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya yang berkongsi rezeki dengan seorang insan yang sedang diuji dengan musibah namun tetap berusaha mencari rezeki buat keluarganya.
Kecekalan dan sikap tidak mengenal erti putus asa insan itulah yang berjaya menjentik hati anggota polis ini untuk membantu seadanya demi meringankan sedikit beban yang ditanggung.
Jutaan terima kasih buat anggota polis ini atas bantuan yang dihulurkan. Bukan berapa nilai bantuan yang perlu dipandang, tetapi setinggi mana akhlak mulia yang perlu dicontohi seluruh warga Pasukan.
