Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Tahan Pengasas Sugarbook

Published: 18 Feb 2021 3.23 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 18 Februari 2021 - Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengasas laman sesawang dan aplikasi temu janji 'Sugarbook'
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-tahan-pengasas-sugarbook
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 06:58 MYT

Kuala Lumpur, 18 Februari 2021 - Polis menahan seorang lelaki tempatan dipercayai pengasas laman sesawang dan aplikasi temu janji 'Sugarbook'

Suspek berusia 43 tahun dan berasal dari Gelugor, Pulau Pinang itu ditahan ibu negara, menerusi Op Sugarbook kira-kira jam 4.30 petang semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor, SAC Dato’ Fadzil Ahmat dalam kenyataan berkata, permohonan reman ke atas suspek akan dibuat hari ini di Mahkamah Shah Alam.

"Menerusi siasatan awal, suspek mengaku sebagai pengasas aplikasi Sugarbook.

"Siasatan ke atasnya dijalankan mengikut Seksyen 505(b) Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998," katanya.

Beliau berkata, siasatan ke atas suspek juga dijalankan mengikut Seksyen 372(1)(d) Kanun Keseksaan dan Seksyen 372B Kanun Keseksaan.

Media melaporkan Sugarbook sebagai platform mencari teman di antara wanita muda atau 'sugar baby' dengan lelaki berusia dan berharta atau 'sugar daddy' menimbulkan kontroversi.

Malaysia dilapor berada pada kedudukan ketiga tertinggi di Asia, selepas India dan Indonesia, bagi negara mempunyai bilangan 'sugar daddy' paling ramai melalui aplikasi Sugarbook.

Pengarah JSJ Bukit Aman, CP Dato’ Huzir Mohamed berkata, polis membuka kertas siasatan selepas menerima laporan.

Bacaan lanjut menerusi pautan, https://www.bharian.com.my/…/787325/polis-tahan-pengasas-su…

Sumber: Berita Harian Online

Artikel Pilihan Polis Tahan Pengasas Sugarbook
ArticlePublished 18 Feb 2021 3.23 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM