Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Siasat Surat Palsu Guna Nama Tpm Kpn

Diterbitkan: 16 Nov 2024 2.10 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Polis menyiasat kes penyebaran surat palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hj. Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-siasat-surat-palsu-guna-nama-tpm-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:21 MYT
Kuala Lumpur, 16 November 2024 - Polis menyiasat kes penyebaran surat palsu menggunakan nama Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Sri Hj. Fadillah Yusof yang dikesan dihantar kepada individu di Sarawak.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan kes itu diterima pihaknya di Balai Polis Presint 7, Putrajaya, pada Jumaat.

Katanya, laporan itu dibuat oleh pegawai keselamatan Dato’ Sri Hj. Fadillah.

"Kes itu disiasat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil - JSJK PDRM mengikut Seksyen 468/471 Kanun Keseksaan," katanya pada Sabtu.

Sebelum ini, media melaporkan laporan polis dibuat selepas seorang kakitangan awam memaklumkan kepada Dato’ Sri Hj. Fadillah menerusi WhatsApp selepas terbaca dua surat berkepala rasmi Jabatan Perdana Menteri di pejabat agensi kerajaan di Kuching, Sarawak, Selasa lalu.

Surat berkenaan memetik nama Dato’ Sri Hj. Fadillah namun tiada tandatangannya dan menawarkan pelbagai jawatan serta kelulusan kuarters kerajaan yang disebarkan individu yang menyamar sebagai pegawai kepada Dato’ Sri Hj. Fadillah.

Bacaan lanjut dalam keratan akhbar terbitan Sinar Harian.

ArtikelDiterbitkan 16 Nov 2024 2.10 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM