Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Pic Of The Day Polis Ipd Raub Ceriakan Pelajar Sk Kuala Dong

Diterbitkan: 16 Nov 2024 12.32 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Keseronokan jelas terpancar di wajah kesemua 47 murid tersebut apabila berpeluang mengunjugi Kaunter Aduan Balai Polis dan Balai Polis Trafik Raub selain dapat melihat dengan lebih dekat kenderaan Pasukan yang digunakan dalam tugasan harian. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah sembilan guru pengiring.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/pic-of-the-day-polis-ipd-raub-ceriakan-pelajar-sk-kuala-dong
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:27 MYT
Warga Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub yang diketuai oleh Ketua Bahagian Pengurusan Daerah IPD Raub, ASP Siti Norlaila Sulaiman menyambut mesra kehadiran murid-murid dari Sekolah Kebangsaan (SK) Kuala Dong, Raub, Pahang sempena lawatan sambil belajar ke IPD berkenaan semalam.

Keseronokan jelas terpancar di wajah kesemua 47 murid tersebut apabila berpeluang mengunjugi Kaunter Aduan Balai Polis dan Balai Polis Trafik Raub selain dapat melihat dengan lebih dekat kenderaan Pasukan yang digunakan dalam tugasan harian. Turut serta dalam lawatan tersebut ialah sembilan guru pengiring.

Mereka turut diterangkan mengenai peranan dan bidang tugas Polis Diraja Malaysia dengan kempen keselamatan diri dan tip pencegahan jenayah agar dapat mewujudkan suasana selamat di persekitaran sekolah.

ArtikelDiterbitkan 16 Nov 2024 12.32 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM