Artikel
Artikel Pilihan Polis Siasat Kumpulan Jalankan Aktiviti Pengantunan Seksual Kanak Kanak Di Media Sosial Kpn
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan...
Kuala Lumpur, 27 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sudah memulakan siasatan mengenai dakwaan kewujudan kumpulan yang menjalankan aktiviti pengantunan seksual kanak-kanak di akaun media sosial, kata Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain.
Beliau berkata, siasatan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) pada Jumaat lalu berhubung kewujudan kumpulan berkenaan yang menjalankan aktiviti menerusi hantaran di aplikasi X.
Katanya, siasatan dijalankan Unit Siasatan Jenayah Siber (Internet) Terhadap Kanak-Kanak Malaysia (MICAC) Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-Kanak (D11) dan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.
"Unit MICAC D11 sudah memulakan proses risikan dalam talian dan menyalurkan beberapa maklumat suspek kepada pihak MCMC untuk dibuat profiling awal sementara risikan dalam talian diteruskan bagi menimbulkan elemen yang lebih kukuh mengenai kesalahan seksual terhadap kanak-kanak.
"Bahagian D11 bersama MCMC sedang menjalankan risikan dan siasatan lanjut ke atas maklumat itu," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sumber: Berita Harian