
Article
Artikel Pilihan Polis Siasat Kes Sebar Nota Diplomatik Bertaraf Sulit Kpn
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis dibuat oleh Pegawai Tadbir Diplomatik, Kementerian Luar Negeri di Balai Polis Mela...
Kuala Lumpur, 25 Februari 2024 - Polis menjalankan siasatan berkenaan penyebaran satu salinan Nota Diplomatik bertaraf sulit yang diterima oleh Kedutaan Besar Malaysia di Rabat, Maghribi.
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata, laporan polis dibuat oleh Pegawai Tadbir Diplomatik, Kementerian Luar Negeri di Balai Polis Melaka Tengah pada 22 Februari lalu.
"Polis juga sudah merakam percakapan pengadu di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya hari ini," katanya pada Ahad.
Tambah Tan Sri Razarudin, pihaknya juga akan mengenal pasti saksi-saksi yang lain bagi membantu siasatan.
Bacaan lanjut di pautan seperti berikut,

https://www.sinarharian.com.my/article/651314/berita/semasa/polis-siasat-kes-sebar-nota-diplomatik-bertaraf-sulit?fbclid=IwAR157SWBCMRXhHXR4ATUaIN1TCzi0YCbZkUXhMCm3__JJKvQbxJADBxRV3A
https://www.sinarharian.com.my/article/651314/berita/semasa/polis-siasat-kes-sebar-nota-diplomatik-bertaraf-sulit?fbclid=IwAR157SWBCMRXhHXR4ATUaIN1TCzi0YCbZkUXhMCm3__JJKvQbxJADBxRV3A