Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Siasat Individu Menyamar Ayob Khan Di Whatsapp

Diterbitkan: 22 Oct 2024 2.50 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 2.26 AM
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat pemilik nombor yang menyamar sebagai 'Dato’ Sri Ayob Khan Mydin' di aplikasi WhatsApp serta mengajak individu lain untuk turut menyertai kumpulannya di platform aplikasi tersebut.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-siasat-individu-menyamar-ayob-khan-di-whatsapp
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 21:19 MYT
Kuala Lumpur, 22 Oktober 2024 - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang menyiasat pemilik nombor yang menyamar sebagai 'Dato’ Sri Ayob Khan Mydin' di aplikasi WhatsApp serta mengajak individu lain untuk turut menyertai kumpulannya di platform aplikasi tersebut.

Ketua Polis Kuala Lumpur, CP Dato' Rusdi Mohd Isa berkata, PDRM menegaskan bahawa Timbalan Ketua Polis Negara, DIG Dato’ Sri Ayob Khan Mydin Pitchay tidak pernah mengendalikan sebarang group khas WhatsApp.

"Perbuatan individu yang tidak bertanggungjawab itu boleh menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat serta berpotensi memburukkan imej pasukan PDRM," katanya dalam kenyataan pada Isnin.

Dato' Rusdi berkata, PDRM bertindak tegas dan menjalankan siasatan terhadap pemilik nombor berkenaan berdasarkan lunas undang-undang terhadap individu yang cuba menggunakan nama pimpinan tertinggi PDRM mahupun orang lain sekiranya terkesan.
Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

"Orang ramai dinasihatkan agar tidak mudah terpedaya dengan aktiviti penipuan atas talian dan hendaklah sentiasa berwaspada," ujarnya

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: Sinar Harian
ArtikelDiterbitkan 22 Oct 2024 2.50 AMDikemas kini 17 Jul 2026 2.26 AM