Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Sentul Dan Batalion 4 Pga Gempur Arak Seludup Bernilai Hampir Rm900 000

Diterbitkan: 29 Mar 2023 3.42 AM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Sumber: Polis KL dan Berita Harian
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-sentul-dan-batalion-4-pga-gempur-arak-seludup-bernilai-hampir-rm900-000
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 14:16 MYT
Kuala Lumpur, 28 Mac 2023 - Empat individu, termasuk dua lelaki warga asing ditahan kerana disyaki menyimpan dan mengedar pelbagai jenis minuman keras tanpa cukai bernilai RM861,924.48 di sebuah premis perniagaan di Jalan Ipoh, di sini, Sabtu lalu.
Semua mereka berusia antara 25 tahun dan 41 tahun itu ditahan dalam serbuan yang dilakukan pada jam 1.55 petang oleh Batalion 4, Pasukan Gerakan Am (PGA) Semenyih dengan dibantu oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul.

Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Beh Eng Lai berkata, siasatan awal di tempat kejadian mendapati modus operandi kegiatan itu berselindung di sebalik premis kedai.
"Mereka dipercayai sudah beroperasi sejak enam bulan lalu. Kita berjaya merampas sebanyak 14,832 botol dan 7,464 tin minuman keras, dianggarkan bernilai RM861,924.48," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

ACP Beh Eng Lai berkata, semua suspek telah ditahan reman selama 10 hari bermula Ahad hingga 4 April ini untuk siasatan lanjut.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967 kerana memiliki atau mengedar minuman keras seludup dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-pga-gempur-arak...

Sumber: Polis KL dan Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 29 Mar 2023 3.42 AMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM