Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Sahkan Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Terima Ugutan Bunuh Kpn

Diterbitkan: 13 Nov 2024 12.39 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata kes tersebut kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-sahkan-pemberi-maklumat-skandal-rasuah-terima-ugutan-bunuh-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 21:42 MYT
Kota Bharu, 13 November 2024 - Polis mengesahkan pemberi maklumat yang mengutuskan surat terbuka kepada Yang di-Pertuan Agong berhubung dakwaan skandal rasuah baru-baru ini telah menerima ugutan bunuh.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata kes tersebut kini disiasat oleh Unit Siasatan Jenayah Terkelas, Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan menakutkan secara jenayah dengan jalan perhubungan sembunyi nama.

Beliau berkata lelaki berusia 36 tahun telah menerima panggilan telefon melalui WhatApps daripada nombor tidak dikenali.

"Dalam percakapan menerusi panggilan telefon itu, suspek yang dipercayai lelaki tempatan telah mengugut pengadu dengan kenyataan dalam bahasa Cina, bahawa suspek mengaku daripada kumpulan pembunuh upahan untuk membunuh pengadu.

"Suspek telah menerima arahan untuk membunuh pengadu dalam masa 24 jam jika pengadu tidak tutup mulut dan suspek menyatakan panggilan ini adalah amaran terakhir kepada pengadu," katanya kepada Bernama hari ini.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut,

Sumber: BERNAMA

Artikel Pilihan Polis Sahkan Pemberi Maklumat Skandal Rasuah Terima Ugutan Bunuh Kpn
ArtikelDiterbitkan 13 Nov 2024 12.39 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM