Article
Artikel Pilihan Polis Rampas Rokok Seludup Bernilai Lebih Rm1 Juta
Georgetown, 23 Januari 2021 - Polis menumpaskan sindiket mengedar dan menjual rokok seludup selepas merampas 7,100 karton rokok tanpa cukai bernilai lebih RM1...
Georgetown, 23 Januari 2021 - Polis menumpaskan sindiket mengedar dan menjual rokok seludup selepas merampas 7,100 karton rokok tanpa cukai bernilai lebih RM1 juta dalam operasi khas membabitkan siri serbuan di sekitar Georgetown, di sini dua hari lalu.
Operasi tersebut dijalankan anggota Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) Bukit Aman dengan kerjasama polis kontinjen Pulau Pinang.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata, dalam siri serbuan di lima lokasi bermula 3 petang itu, polis menahan tiga lelaki tempatan berusia 31 hingga 40 tahun dipercayai mempunyai kaitan dengan sindiket tersebut.
"Dalam siri serbuan itu, polis merampas 1,425,000 batang rokok yang diisi dalam 142 kotak mengandungi 7,100 karton rokok seludup yang disembunyikan sindiket tersebut dalam lapan kenderaan di lima lokasi yang kami lakukan serbuan.
"Serbuan itu melibatkan kawasan perumahan termasuk kondominium mewah serta kawasan parkir. Berdasarkan siasatan semua rokok yang dirampas bernilai lebih RM1 juta untuk pasaran di sekitar Pulau Pinang dan negeri wilayah utara," katanya.
Dato' Sri Abd Rahim berkata, polis tidak menolak kemungkinan semua rokok itu diseludup dari beberapa negara namun siasatan lanjut masih dijalankan.
Sumber:
