Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Pantau Aliran Trafik Fokus Kesalahan Pengguna

Diterbitkan: 23 Dec 2023 1.47 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.31 AM
Rawang, 23 Disember 2023 - Fokus diberikan terhadap lima kesalahan utama selain pemantauan dijalankan melibatkan lokasi yang mengalami aliran trafik tinggi sempena musim cuti perayaan Krismas bermula pada Sabtu.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-pantau-aliran-trafik-fokus-kesalahan-pengguna
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 23:51 MYT

Rawang, 23 Disember 2023 - Fokus diberikan terhadap lima kesalahan utama selain pemantauan dijalankan melibatkan lokasi yang mengalami aliran trafik tinggi sempena musim cuti perayaan Krismas bermula pada Sabtu.

Pengarah Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik, CP Dato' Mohd Azman Ahmad Sapri berkata, pihaknya sedia maklum berkaitan peningkatan aliran trafik melibatkan lebuh raya, jalan persekutuan, jalan negeri dan bandaran.
"Penugasan akan memfokuskan kepada kesalahan yang dilakukan pengguna antaranya memotong barisan, menggunakan lorong kecemasan dan memandu melebihi had laju yang ditetapkan.

"Selain itu, kesalahan gagal mematuhi peraturan lampu isyarat merah dan menggunakan telefon bimbit semasa memandu turut diberikan perhatian menerusi pemantauan dijalankan ini," katanya kepada Sinar Harian pada Sabtu.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.sinarharian.com.my/.../polis-pantau-aliran...

Sumber: Sinar Harian
Artikel Pilihan Polis Pantau Aliran Trafik Fokus Kesalahan Pengguna
ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2023 1.47 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.31 AM