Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Posting Pilihan Tiga Pelarian Rohingya Dalang 27 Kes Maut Terbunuh Berbalas Tembak Dengan Polis

Diterbitkan: 23 Dec 2023 1.05 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.33 AM
Gombak, 23 Disember 2023 - Polis menumpaskan satu geng pecah rumah dan samun didalangi pelarian etnik Rohingya selepas menembak mati tiga anggota kumpulan itu dalam kejadian berbalas tembak di Taman Selayang Jaya, Selayang di sini, tengah malam tadi.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/posting-pilihan-tiga-pelarian-rohingya-dalang-27-kes-maut-terbunuh-berbalas-tembak-dengan-polis
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 17:08 MYT
Gombak, 23 Disember 2023 - Polis menumpaskan satu geng pecah rumah dan samun didalangi pelarian etnik Rohingya selepas menembak mati tiga anggota kumpulan itu dalam kejadian berbalas tembak di Taman Selayang Jaya, Selayang di sini, tengah malam tadi.

Ketua Polis Selangor, CP Dato' Hussein Omar Khan berkata, ketiga-tiga suspek berusia 30-an itu yang menaiki sebuah kereta jenis Ford Fiesta dikesan di kawasan itu oleh sepasukan anggota rondaan cegah jenayah, kira-kira jam 12.30 tengah malam.
Beliau berkata, ketika diarahkan berhenti untuk pemeriksaan, suspek enggan memberi kerjasama dan mula bertindak agresif dengan melepaskan tembakan ke arah polis.
"Berikutan itu, anggota polis melepaskan tembakan balas ke arah kereta suspek dan berlaku insiden berbalas tembakan. Suspek melepaskan tiga das tembakan ke arah polis.

"Polis yang melepaskan tujuh das tembakan ke arah kereta suspek berjaya menumpaskan kumpulan itu. Pemeriksaan mendapat ketiga-tiga suspek dalam keadaan berlumuran darah dan disahkan meninggal dunia," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Gombak di sini, tadi.

Bacaan lanjut menerusi pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/.../tiga-pelarian-rohingya...

Sumber: Polis Daerah Gombak dan Berita Harian

ArtikelDiterbitkan 23 Dec 2023 1.05 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.33 AM