Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Polis Mohon Baju Kalis Peluru Baharu Untuk Pga Dan Marin

Diterbitkan: 07 Dec 2020 12.20 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kluang, 7 Disember 2020 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Polis Diraja Malaysia sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi menggantikan baju kalis peluru milik jabatan itu yang kini sudah berusia lebih 10 tahun.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-mohon-baju-kalis-peluru-baharu-untuk-pga-dan-marin
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 25/09/2026 01:27 MYT
Kluang, 7 Disember 2020 - Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA), Polis Diraja Malaysia sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi menggantikan baju kalis peluru milik jabatan itu yang kini sudah berusia lebih 10 tahun.

Pengarahnya, CP Dato' Sri Abd Rahim Jaafar berkata ketika ini terdapat kira-kira 12,000 anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) dan Pasukan Polis Marin (PPM) yang memerlukan kelengkapan berkenaan.

Beliau berkata kelengkapan itu diperlukan kerana mereka bukan sekadar terlibat dalam pelbagai operasi seperti Op Benteng, tetapi turut mengawal sempadan negara yang lebih berisiko tinggi.

“Kita akan bincang dengan kerajaan untuk mendapatkan peruntukan, dijangka hujung bulan ini kita akan dapatkan harga untuk baju kalis peluru berkenaan, ia turut melibatkan kelengkapan lain seperti teropong penglihatan malam serta beberapa kenderaan untuk melancarkan operasi membanteras jenayah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan ke Mes Pegawai Kanan Batalion 5 PGA di Simpang Renggam, Johor di sini, hari ini, dan turut hadir ialah Timbalan Pengarah KDNKA (PGA), DCP Dato' Kasuahdi Haji Ali, Komander Briged Tengah PGA, SAC Tuan Muhammad Abdul Halim serta Pegawai Pemerintah Batalion 5 PGA, Superintendan Tuan Dimin Awang.

Sementara itu, Dato’ Sri Abd Rahim berkata dalam tempoh awal tahun hingga 3 Disember lepas, PGA Briged Tengah telah berjaya melakukan 157 serbuan, menahan 511 orang dan merampas pelbagai jenis barangan bernilai RM32.8 juta.

"Semua serbuan disiasat di bawah Akta Imigresen 1963, Akta Kastam 1967, Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Pemerdagangan Orang dan Penyeludupan Migran 2007, Akta Pemulihan Hidupan Liar 2010, Akta Perhutanan 1984/89, Akta Bahan-bahan Kakisan dan Letupan 1958 serta Akta Perikanan 1985 dan Akta SPRM.

"Kami juga berharap orang ramai dapat membantu polis dalam menghulurkan sebarang maklumat terutamanya berkaitan dengan pencerobohan bagi memastikan negara tidak dicerobohi mana-mana elemen melibatkan aktiviti penyeludupan,” katanya.

Sumber:
ArtikelDiterbitkan 07 Dec 2020 12.20 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM