Artikel Pilihan Polis Kesal Video Tular Putar Belit Fakta
Melaka Tengah, 11 November 2020 - Tindakan individu yang menyebarkan klip video mempertikai anggota polis mengeluarkan saman terhadap seorang pemandu kereta adalah satu perbuatan tidak bertanggungjawab.
Video berdurasi 30 minit itu tular sejak petang semalam dipercayai selepas dimuat naik seorang pengguna Facebook yang didakwa sengaja memalukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) selain memberi maklumat yang tidak tepat mengenai kejadian sebenar sehingga mendapat pelbagai komen netizen.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Melaka, Superintendan Hasan Basri Yahya berkata, pihaknya yang kesal dengan tindakan individu memutar belit fakta itu akan membuat laporan berhubung penyebaran klip video tersebut.
Menurutnya, laporan polis akan dibuat mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, namun jika terbukti berlakunya fitnah, siasatan dibuka di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.
Terdahulu, video dipercayai disebarkan di media sosial Facebook oleh individu yang mempersoalkan saman trafik dikeluarkan terhadapnya di Jalan Dato’ Md Zain di sini pada jam 11.08 pagi semalam.
Dalam kejadian itu, sarjan polis itu menahan sebuah kereta jenis Hyundai Sonata dipandu oleh seorang lelaki yang membawa penumpang wanita atas kesalahan menggunakan telefon ketika memandu.
Bacaan lanjut di pautan berikut, https://www.sinarharian.com.my/…/Saman-Polis-kesal-video-kl…
Sumber: Sinar Harian
#StayHome #BeSafe #Pray4Malaysia
HELP BREAK THE COVID-19 CHAIN

https://www.sinarharian.com.my/article/109672/EDISI/Melaka-NS/Saman-Polis-kesal-video-klip-putar-belit-fakta?