Artikel
Artikel Pilihan Polis Kerah Lebih 7 000 Pegawai Anggota Tambahan Untuk Prn Sarawak Timbalan Kpn
Kuching, 26 Oktober 2021 - Lebih 7,000 pegawai dan anggota tambahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlibat dalam tugasan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12)...
Kuching, 26 Oktober 2021 - Lebih 7,000 pegawai dan anggota tambahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terlibat dalam tugasan Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN-12) Sarawak akan datang, kata Timbalan Ketua Polis Negara (Timbalan KPN), DIG Datuk Seri Hj. Mazlan Lazim.
Katanya jumlah ini akan ditambah jika diperlukan setelah PDRM memperoleh maklumat lengkap berhubung PRN-12 daripada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Setakat ini, jumlah anggota dan pegawai di Sarawak ada lebih 7,000 tetapi angkanya tidak dapat ditetapkan kerana kita belum dapat sepenuhnya pengumuman berkenaan PRN ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak di sini hari ini.
Terdahulu, beliau menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada 38 orang terdiri daripada asnaf, pesara polis dan anak yatim.
Menurut Timbalan KPN, PDRM telah membuat persediaan rapi memandangkan PRN kali ini bakal dilangsungkan dengan pematuhan ketat prosedur operasi standard (SOP) kerana negara masih lagi berdepan pandemik COVID-19.
Sumber: BERNAMA