Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Kenal Pasti Seorang Suspek Tembak Anggota Apmm Di Perairan Kunak Kpn

Published: 08 Apr 2024 3.18 PM Updated: 17 Jul 2026 3.33 AM
Kuala Lumpur, 8 April 2024 - Polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika operasi rondaan Op Khas Pagar Laut dijalankan di perairan Kunak pada 8.30 pagi semalam.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-kenal-pasti-seorang-suspek-tembak-anggota-apmm-di-perairan-kunak-kpn
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 05:53 MYT
Kuala Lumpur, 8 April 2024 - Polis sudah mengenal pasti seorang daripada tiga suspek yang dipercayai terlibat dalam kes tembak dua anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) ketika operasi rondaan Op Khas Pagar Laut dijalankan di perairan Kunak pada 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata buat masa ini, siasatan masih diteruskan bagi mengenal pasti suspek lain yang turut terlibat, namun warganegara suspek masih belum boleh didedahkan.

Beliau berkata seorang daripada dua anggota yang cedera itu sudah menjalani pembedahan mata susulan kejadian itu bagi mengeluarkan peluru dan kini berada dalam keadaan stabil.

“Di sini saya ingatkan kita nampak ini sebagai satu kes rompakan laut pada musim perayaan, ada yang nak balik dari Kunak ke Semporna menaiki bot, perompak ini ambil kesempatan rompak bot yang ada di laut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini hari ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2286693

May be an image of 3 people and text

May be an image of 1 person and text
ArticlePublished 08 Apr 2024 3.18 PMUpdated 17 Jul 2026 3.33 AM