Portal Rasmi Kerajaan Malaysia
Polis Diraja Malaysia
Maklumat Rasmi Untuk Orang Awam
Artikel
Artikel

Artikel Pilihan Lelaki Israel Miliki Enam Senjata Api Dijangka Dihadap Ke Mahkamah Minggu Ini Kpn

Diterbitkan: 08 Apr 2024 3.32 PM Dikemas kini: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 8 April 2024 - Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, dijangka akan dituduh di mahkamah minggu ini.
Rujukan dalam talian
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-lelaki-israel-miliki-enam-senjata-api-dijangka-dihadap-ke-mahkamah-minggu-ini-kpn
Imbas untuk melihat versi langsung yang terkini.
Polis Diraja Malaysia
Maklumat rasmi daripada portal RMP2U.
Dicetak pada: 24/09/2026 15:18 MYT
Kuala Lumpur, 8 April 2024 - Lelaki warga Israel yang ditahan bersama enam pucuk pistol dan 200 butir peluru di sebuah hotel di sini 27 Mac lepas, dijangka akan dituduh di mahkamah minggu ini.

Ketua Polis Negara (KPN), IG Tan Sri Razarudin Husain berkata buat masa ini pihaknya masih meneruskan siasatan bagi mengumpul maklumat.

“Kita juga menyiasat untuk mendapatkan motif sebenar lelaki itu memiliki enam senjata api. Jadi, mungkin dalam minggu ini juga pertuduhan ke atas warganegara Israel tersebut akan dibuat mungkin lepas raya,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas hadir pada Majlis Serah Terima Tugas Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur di sini, hari ini.

Sementara itu menurutnya pasangan suami isteri berusia 42 dan 40 tahun yang ditahan di sebuah bazar Ramadan di Kuala Selangor pada 29 Mac kerana disyaki menjual senjata api kepada suspek itu pula bakal dituduh di Kompleks Mahkamah Klang pagi ini.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php?id=2286678

 
ArtikelDiterbitkan 08 Apr 2024 3.32 PMDikemas kini 17 Jul 2026 3.32 AM