Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Kenal Pasti Dua Tiga Suspek Lagi Kes Culik Ejen Kosmetik

Published: 04 Oct 2022 10.50 AM Updated: 17 Jul 2026 2.23 AM
Georgetown, 4 Oktober 2022 - Polis sedang mengenal pasti dua hingga tiga orang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam penculikan ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lepas.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-kenal-pasti-dua-tiga-suspek-lagi-kes-culik-ejen-kosmetik
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 24/09/2026 21:13 MYT
Georgetown, 4 Oktober 2022 - Polis sedang mengenal pasti dua hingga tiga orang lagi suspek yang dipercayai terlibat dalam penculikan ejen jualan produk kosmetik, Rosnazirah Mohd Naim oleh sekumpulan lelaki di rumahnya di Tumpat, Kelantan pada 13 September lepas.

Ketua Polis Negara, IG Tan Sri Acryl Sani Hj. Abdullah Sani berkata, suspek yang dikenal pasti itu dipercayai warga tempatan, namun pihaknya memerlukan masa untuk mengumpul dan berkongsi maklumat dengan pihak berkuasa di Thailand.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) masih menjalankan siasatan dan memeriksa segala keterangan yang ada untuk mengetahui kedudukan sebenar kes itu dan memohon media bersabar serta memberi sedikit masa lagi supaya kita betul-betul dapat "establish" (memastikan) motif sebenar di sebalik kejadian melarikan mangsa ini,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Sementara itu, ditanya mengenai situasi kes penculikan kanak-kanak dan penjualan organ yang disensasikan dalam media sosial, Tan Sri Acryl Sani berkata, siasatan polis mendapati kebanyakan kes berkenaan adalah palsu.

Beliau berkata, berdasarkan siasatan dan maklumat lanjut, pihaknya mendapati kes terbabit tidak benar, tidak berasas dan sengaja diada-adakan serta disebarkan oleh pihak tertentu bagi tujuan yang tidak dapat dipastikan.

"Melainkan kes penculikan di Genting Highlands (Pahang), saya tidak boleh komen kerana sedang melalui proses perbicaraan, jadi biar mahkamah tentukan motif sebenar di sebalik kejadian itu,” katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bernama.com/bm/jenayah_mahkamah/news.php...
Sumber: BERNAMA
ArticlePublished 04 Oct 2022 10.50 AMUpdated 17 Jul 2026 2.23 AM