Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Keluarkan 6 954 Saman Atas Kesalahan Ekzos Bising

Published: 02 Apr 2021 6.26 AM Updated: 17 Jul 2026 3.31 AM
Kuala Lumpur, 2 April 2021 - Polis mengeluarkan 71,127 saman terhadap pelbagai kesalahan menerusi Operasi Khas Ubahsuai Ekzos (bunyi bising) bagi tempoh 1 hingga 31 Mac lalu.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-keluarkan-6-954-saman-atas-kesalahan-ekzos-bising
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 02:32 MYT

Kuala Lumpur, 2 April 2021 - Polis mengeluarkan 71,127 saman terhadap pelbagai kesalahan menerusi Operasi Khas Ubahsuai Ekzos (bunyi bising) bagi tempoh 1 hingga 31 Mac lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman, DCP Dato’ Azisman Alias berkata, daripada keseluruhan saman dikeluarkan, kesalahan ubah suai ekzos menyumbang sebanyak 6,954 saman.

Katanya, jumlah itu merangkumi 4,926 saman bagi motosikal, 1,627 saman bagi kereta dan 401 bagi lain-lain kenderaan.

"Dalam pada itu, sebanyak 2,696 motosikal, 66 kereta dan 19 lain-lain kenderaan disita untuk pemeriksaan lanjut.

"Kenderaan akan diserahkan semula selepas kenderaan yang diubahsuai ekzos dikembalikan kepada spesifikasi asal," katanya.

Dato' Azisman berkata, sebanyak 157,992 kenderaan keseluruhan diperiksa membabitkan 76,315 motosikal, 52,059 kereta dan 29,618 lain-lain kenderaan di 3,478 lokasi operasi di seluruh negara.

"Operasi dilancarkan bertujuan menguatkuasakan undang-undang kepada pengguna jalan raya terutama pemilik serta penunggang motosikal yang melakukan ubahsuai ekzos sehingga mendatangkan bunyi bising.

"Kita akan melakukan operasi ini secara berterusan di samping operasi lain seperti samseng jalanan, mabuk, lampu merah dan lain-lain," katanya.

Bacaan lanjut di pautan seperti berikut, https://www.bharian.com.my/…/802664/6954-saman-kerana-ekzos…

Sumber: Berita Harian Online

Artikel Pilihan Polis Keluarkan 6 954 Saman Atas Kesalahan Ekzos Bising

ArticlePublished 02 Apr 2021 6.26 AMUpdated 17 Jul 2026 3.31 AM