Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Gerak Sar Kesan Mangsa Helikopter Flying Doctor Terhempas

Published: 09 Sep 2026 2.17 AM Updated: 20 Sep 2026 2.33 PM
Kuala Lumpur, 8 September 2026 - Polis Diraja Malaysia menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kejadian Helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Marudi, Sarawak, petang ini.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-gerak-sar-kesan-mangsa-helikopter-flying-doctor-terhempas
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 12:16 MYT
Kuala Lumpur, 8 September 2026 - Polis Diraja Malaysia menggerakkan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kejadian Helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran STOLport Long Lellang, Marudi, Sarawak, petang ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, CP Datuk Mohamad Zainal Abdullah, berkata status berhubung semua penumpang termasuk juruterbang masih dalam siasatan.

"Pasukan SAR akan ke lokasi yang mengambil masa selama 10 jam menggunakan jalan darat dari Ibu Pejabat Polis Daerah Marudi.

"Maklumat lanjut berhubung status mangsa masih dalam siasatan," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Datuk Mohamad Zainal berkata, pihaknya juga akan menggunakan perkhidmatan udara ke lokasi sekiranya dibenarkan oleh Pihak Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

"Perkhidmatan udara berkenaan dari Pengkalan Udara Kuching dan perlu mendapatkan kebenaran CAAM memandangkan cuaca berjerebu," katanya.

Bacaan lanjut seperti di pautan berikut, https://www.bharian.com.my/.../polis-gerak-sar-kesan...

Sumber: Berita Harian

Artikel Pilihan Polis Gerak Sar Kesan Mangsa Helikopter Flying Doctor Terhempas
ArticlePublished 09 Sep 2026 2.17 AMUpdated 20 Sep 2026 2.33 PM