Official Portal of the Government of Malaysia
Royal Malaysia Police
Official Public Information
Article
Article

Artikel Pilihan Polis Buru Pengasas Produk Kecantikan Cium Bibir Kanak Kanak

Published: 17 Feb 2021 3.55 AM Updated: 17 Jul 2026 3.32 AM
Kuala Lumpur, 17 Februari 2021 - Polis sedang mengesan seorang lelaki pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular dalam media sosial memaparkan seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.
Online reference
https://rmp2u.rmp.gov.my/content/artikel-pilihan-polis-buru-pengasas-produk-kecantikan-cium-bibir-kanak-kanak
Scan to view the latest live version.
Royal Malaysia Police
Official information from the RMP2U portal.
Printed on: 25/09/2026 15:35 MYT
Kuala Lumpur, 17 Februari 2021 - Polis sedang mengesan seorang lelaki pengasas produk kecantikan bagi membantu siasatan berhubung videonya yang tular dalam media sosial memaparkan seorang lelaki mencium bibir seorang kanak-kanak lelaki.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Siasatan Jenayah Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11), ACP Puan Siti Kamsiah Hassan berkata pihaknya juga sedang mengesan kanak-kanak berkenaan serta saksi kejadian.

“Siasatan kes berkenaan lebih kepada Akta Kesalahan Seksual Kanak-Kanak dan memberi tumpuan dalam mengesan kanak-kanak berkenaan,” katanya ketika dihubungi.

Hari ini, video berkenaan tular dalam media sosial apabila seorang lelaki mencium bibir kanak-kanak yang didakwa sebagai adik angkat lelaki itu.

Menerusi carian pengguna media sosial, pengasas produk kecantikan terbabit memuat naik beberapa video yang memaparkan perilaku sedemikian menerusi akaun TikTok miliknya yang kini sudah dinyahaktif.

Sumber:
BERNAMA
ArticlePublished 17 Feb 2021 3.55 AMUpdated 17 Jul 2026 3.32 AM